Tuesday 10 April 2012

WASIAT IMAM SYAFIE

# "Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat,disamping ianya menjadi amalan para nabi,rasul dan orang-orang soleh." 

# "Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun."

# "1)perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk
     2)perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia
     3)perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan
     4)jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga
     5)jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan kebaikan dan keburukan diri orang lain."

# "Sabar menghadapi musibat adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula.Adapun bala dan musibat,ia menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah.Oleh itu,syukurilah ia kerana     syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur."

# "Apabila salah seorang di antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit,hendaklah ringankan langkah untuk menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah."

# "Marah adalah salah satu di antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun.Oleh itu,hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya."  

# "Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah SAW juga tergolong sebagai anak yatim dan baginda akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihani anak yatim di akhirat." 

# "Berbuat baik dan tunjukkan baktimu kepada ibu bapamu tanpa mengenal letih dan lelah sebagaimana mereka telah berbuat begitu sepanjang hayat mereka.Ianya akan menambah keberkatan pada umurmu,menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosamu." 

# "Berbuatlah sebanyak-banyaknya amal soleh kerana ia merupakan pendinding dan perisai orang Mukmin dan pelindung daripada serangan iblis." 

# "Takwa merupakan pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar.Ianya ibarat pokok zaitun,minyaknya membawa berkat,ianya juga memberi kejayaan dan kemenangan." 

# "Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya.Oleh itu,bagi menguatkan benteng iman,perlulah dibajai keimanan dengan 5 perkara iaitu yakin,ikhlas,mengerjakan amalan sunat,istiqamah beramal,bertatasusila ataupun berdisiplin di dalam mengerjakan ibadah." 

#  "Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati.Ia mencetuskan  ketenangan hidup dan qanaah." 

# "Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam,khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah." 

# "Kubur adalah satu perhentian sementara untuk membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat.Oleh itu,siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi." 

# "Kita hendaklah sentiasa memohon perlindungan daripada Allah.Sekurang-kurangnya dengan mengucapkan A'uzubillahi min al-syaithan il-rajim.Jika serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat,kita mestilah bersabar dan menyedari bahawa Allah Taala hendak menguji keteguhan sabar kita,hendak melihat ketulenan jihad kita.Ketahuilah,perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil." 

# "Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah engkau mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri." 

# "Hati adalah raja di dalam diri.Oleh itu, luruskan dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan." 

# "Ketahuilah bahawa istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya." 

# "Ketahuilah bahawa sebesar-besar kesenangan di dunia dan di akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya,nescaya Allah akan meninggikan darjatnya di sisi manusia." 

# "Takafurlah sebelum tidur untuk menghisab diri di atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan tentang dosa-dosanya pada siang hari." 

# "Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan menbuatmu cemerlang di dunia dan akhirat,disamping ianya menjadi amalan para nabi,rasul dan orang-orang soleh." 

# "Barang siapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat,hendaklah dia mengamalkan sepuluh perkara berikut:


*Hak diri iaitu mengurangkan tidur,mengurangkan makan,mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.


*Hak malaikat maut iaitu mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal,mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi,membuat persediaan untuk mati dan rasa cinta kepada Allah.


*Hak kubur iaitu menbuang tabiat suka menabur fitnah,membuang air kecil merata-rata,memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu oang yang dizalimi.


*Hak Munkar Nakir iaitu tidak berdusta,meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.


*Hak mizan iaitu menahan marah,banyak berzikir,mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
*Hak sirat iaitu membuang tabiat suka mengumpat,warak,suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.



*Hak malik iaitu banyak menangius kerana takutkan azab Allah,berbuat baik kepada kedua ibu bapa,bersedekah semasa terang serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.


*Hak ridhwan iaitu reda kepada qada Allah,bersabar menerima bala,bersyukur dengan nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.


*Hak Rasulullah iaitu berselawat ke atsnya,berpegang dengan syariat,bergantung dengan sunah,menyayangi para sahabat dan bersaing mencari kelebiuhan daripada Allah.


*Hak kepada Allah iaitu mengajak manusia ke arah kenaikan,mencegah manusia daripada kemungkaran,menyukai ketaatan dan memmbenci maksiat."

#  "Engkau seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan engkau juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah."

# "Barang siapa yang menjalinkan ukhuwah dan menghidupkannya,maka ia akan memperoleh sepuluh keutamaan iaitu:
    -mendapat keredaan Allah kerana Allah amat suka kepada orang yang menghubungkan ukhuwah.Begitu juga 
     dengan penduduk di langit.
    -menggembirakan para malaikat di langit kerana mereka suka kepada orang yang menghubungkan ukhwah.

    -dapat menambahkan pahala amal selepas meninggal kelak.
    -dapat menambah dan menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian.
    -dapat menambah dan menimbulkan keberkatan kepada rezeki.   
    -Allah dapat melanjutkan usianya.
    -menjadikan iblis dan syaitan bertambah gelisah dan sakit hati.
    -disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berada di sekelilingnya.
    -dapat  menggembirakan jenazah yang berada di alam barzakh.
    -dapat mencetuskan kegembiraan pada kedua belah pihak,tiada amalan yang lebih baik melainkan
     menggembirakan hati orang-orang yang beriman." 

# "Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman bahawa mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah Yunus ayat 9 hingga 10 yang bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh,mereka diberi petunjuk oleh Tuhan mereka kerana keimanannya,di bawah mereka mengalir sungai-sungai di dalam syurga yang penuh kenikmatan.Doa mereka di dalamnya adalah subhanakallahumma dan salam penghormatan mereka adalah salaam.Dan penutup mereka adalah Alhamdulillaahi  Rabbil'aalamin."

# " Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman bahawa mereka akan mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rum ayat 47 yang bermaksud, 'Dan adalah menjadi hak (tanggungjawab) Kami untuk menolong orang-orang yang beriman."

# "Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman bahawa mereka akan mendapat pembelaan daripada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, 'Sesungguhnya Allah membela orang- orang  yang beriman." 

# "Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan bertakwa bahawa Allah akan menaiktarafkan darjat mereka sehingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yag bermaksud, 'Allahlah penolong (wali) bagi orang-orang yang beriman'."

# "Allah s.w.t. menjanjikan kepada orang-orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud, 'Sesungguhnya Allah adalah pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus'." 

# "Allah SWT menjanjikan kepada orang-orang yang beriman bahawa mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah SWT sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, 'Jikalau sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi mereka mendustakan ayat-ayat kami,maka kami seksa mereka disebabkan perbuatan mereka'." -